Mengenai Kami

Nama kumpulan: Malay Scanlation Manga Team.
Tag: [MScan]
Keterangan: Malay Scanlation Manga Team merupakan sebuah kumpulan yang mentranslasi / menterjemah manga - manga Jepun kepada Bahasa Malaysia untuk memudahkan pemahaman pembaca mengenai sesetengah manga serta mempromosikan manga tersebut kepada peminat manga di Malaysia. Buat masa ini, pihak kumpulan ini hanya mentranslasikan manga yang telah diterjemah dalam Bahasa Inggeris dan akan mentranslasi terus daripada bahasa Jepun pada masa yang akan datang.

Ahli kumpulan: Buat masa ini kumpulan ini mempunyai hanya seorang ahli perseorangan (sole members) iaitu G-kin, yang melakukan kerja-kerja seperti translating, cleaning, typesetting, updating, dan lain-lain lagi. Walau bagaimanapun, kami amat mengalu-alukan sebarang kerjasama daripada kumpulan lain untuk sebarang projek, sekiranya kami meminati projek tersebut dan juga kesempatan waktu.