
Susah betul nak dapatkan maklumat lanjut mengenai team scanlation ni, sebab link forumnya tak dapat nak diakses. Walau bagaimanapun, saya menjumpai emailnya Yahoo!-nya dan cuba add beliau melalui YM, mujurlah menjadi dan kebetulan pemilik team ini sedang online. Sempat juga saya berbual dengannya sambil bertanya khabar mengenai team ini dan adakah beliau masih meneruskan scanlation. Jawapan yang saya dapat, tidak. Alasannya, tiada siapa yang mahu lakukannya, tiada penerimaan daripada peminat dan tiada program Japanese translator untuknya mentraslate manga dari bahasa jepun ke english.
Begitulah lebih kurang kata-katanya. Tetapi saya tak bersetuju dengan beliau. Pendapat saya, hobi adalah hak sendiri. Selagi ianya tak bercanggah dengan peraturan, adat, agama dan undang-undang, kita tak perlukan sesiapa untuk menerima hobi kita. Biarlah kita sendiri yang menentukan hobi masing-masing.
Baiklah, cukup setakat itu. Walaupun GXN Scanlation ini kisah yang lama, kata pemilik team tersebut, tapi masih ada lagi manga yang boleh didownload. Team ini menawarkan scanlation manga yang berjudul Berserk, Pretty Face dan Aishiteruze Baby. Namun saya boleh memberikan link untuk manga Pretty Face sahaja kerana manga Berserk walaupun boleh didownload tetapi mengandungi unsur-unsur yg 'berbahaya', oleh itu tak dapat saya letakkan di blog ini. Manga Aishiteruze Baby pula mengalami kerosakan link, tak dapat didownload.
- Pretty Face Volume 01 - Chapter 01a
- Pretty Face Volume 01 - Chapter 01b
Semoga bertemu kembali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan