Jumaat, 29 Mei 2009

Ressurection Post

Apa khabar para pengunjung MScan sekalian,

Update terbaru kali ini ialah manga Hayate no Gotoku yang ditranslate oleh saya sendiri. Saya dapati manga ini amat susah untuk di re-cleaning dan translate sebab manga ini bergenre parodi, iaitu mempunyai unsur -unsur atau referrence daripada karya -karya yang lain samada daripada drama TV, anime, manga daripada Jepun. Oleh itu jika ada perkara-perkara yang anda macam pernah lihat atau anda nampak unsur itu dalam manga ini, gunakan khidmat Google mahupun Wikipedia untuk memahami lebih lanjut.


Dan seperti tujuan blog ini, selain manga translate dalam bahasa Melayu, bahasa Indonesia juga disenaraikan di sini. Jadi cuba baca manga Code:Breaker yang ditranslate oleh team IndoMangaScan. Manga ini adalah karya mangaka Akimine Kamijyo, pelukis manga terkenal Kyo Samurai Deeper


Disebabkan tidak memiliki server untuk menghostkan file-file manga translate, jadi saya gunakan server file hosting. Kalau dulu saya guna 4shared untuk host file manga, anmun agak melecehkan kalau dalam tempoh sebulan tak ada orang download mahupun saya tak login 4shared sebulan sekali. Dan mengikut pengalaman saya, 4shared ni macam Rapidshare dan Megaupload, tak benarkan user download file lain kalau file lain tengah didownload melalui IP address yang digunakan, dan ianya menyebabkan pengguna mobile broadband macam saya ni tak puas hati sebab kita belum download apa-apa pun ketika itu. Ianya amat melecehkan saya kena upload semula file-file manga, jadi saya gunakan Mediafire. Kenapa saya gunakan file hosting ini adalah disebabkan ianya membenarkan parallel download, dan anda boleh download banyak file dalam satu masa. Dan disebabkan parallel download dapat, so korang boleh la pakai download accelerator. Dan bagi mereka yang tak dapa download manga Pita - Ten, tunggu saya upload balik manga itu.

Dan harap maaf kerana terlalu lama tiada update terbaru dekat setahun daripada blog ini. Ini disebabkan jadual pembelajaran yang teramat ketat, ketagih game-game baru, dan 'malas'. Dan tambahan lagi "Malay Scanlation Manga" ini sebenarnya "one-person team". Jadi anda boleh bayangkan kenapa kerja seorang-seorang ni lambat. Sebenarnya saya masih tercari-cari team translation yang nak translate manga ke bahasa Melayu, tapi masih lagi tak jumpa.

Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan