Khamis, 13 Ogos 2009

[malay2translate]Nazo no Kanojo

Satu lagi website yang mentranslate manga ke bahasa Melayu ditemui, iaitu blog Malay Translation (malay2translate).

Tengok dari tarikh akhir post kat blog tu, nampaknya hampir setahun tak ada update. Dan saya cuba hubungi mereka melalui alamat emel yang mereka sediakan, namun sehingga kini masih tiada jawapan.

Dipendekkan cerita, ada 2 siri manga yang ditebitkan oleh kumpulan ini, iaitu Umi no Misaki dan
Nazo no Kanojo (Mysterious Girl X). Namun link manga Umi no Misaki tak dapat didownload @ "dead", jadi manga Nazo no Kanojo sahaja yang akan disenaraikan dalam blog ini.

Saya sedang cuba untuk mencari lagi group yang mentranslate manga ke dalam bahasa Melayu. Sekiranya anda menjumpainya, sila maklumkan kepada saya.

Nazo no Kanojo



Tajuk Alternatif: Mysterious Girl X

Keterangan: Pada suatu hari, seorang pelajar perempuan baru sahaja bertukar ke kelas Tsubaki, iaitu Urabe Mikoto. Dia seorang gadis yang antisosial, dimana hobinya iaitu tidur semasa waktu rehat. Pada suatu hari, Tsubaki tertelan air liur Urabe semasa mengejutkan Urabe yang tidur di kelas semasa waktu akhir persekolahan dan mengalami masalah kesihatan pada hari kemudiannya.

Kumpulan: malay2translate

Translator: a1047 dan munak007.

Download:
  • Bab 00 - Part A - Part B
    ECCHI WARNING - Hanya untuk mereka yang akil baligh sahaja.
(Pihak kami tidak akan bertanggungjawab teradap siri yang tidak ditranslasi oleh kami)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan