Sabtu, 29 Ogos 2009

New Series Added - K-ON!

Apa khabar para pengunjung Malay Manga Scanlation blog sekalian,

Dengan bangganya, saya mengumumkan yang satu siri baru telah ditambah sebagai salah satu projek translation manga ke Bahasa Melayu, iaitu satu manga daripada anime yang amat terkenal, iaitu K-ON! (Sebutannya ialah Keion)

Manga K-ON! ini merupakan manga jenis 4koma (4 sel)
iaitu sejenis komik strip 4 panel. Saya mendapati manga jenis ini lebih mudah diedit berbanding manga biasa, kerana ruangan yang digunakan dalam satu muka surat adalah minima, dan lebih tersusun.

Walaupun manga 4koma nampak ringkas, tetapi anda jangan memandang rendah kepada manga jenis ini, kerana beberapa anime yang terkenal seperti Azumanga Daioh, Lucky Star, Sketchbook - full colors, dan Hidamari Sketch berasal daripada manga 4koma.

Untuk mendownload, klik sini: [K-ON! Chapter 00]

Dan, nantikan release daripada kami pada masa yang akan datang. Semoga berjumpa lagi.

2 ulasan:

  1. Nak tanya, adakah kalian hanya men-translate Jepun-Malay atau turut Jepun-English-Malay. Saya berminat nak menyertai kalian tetapi saya hanya dapat translate English-Malay sahaja berikutan saya tidak fasih Bahasa Jepun..

    BalasPadam
  2. Kalian? Err... team ni saya sorang je ahli. Sole member.

    Setakat ni Eng-Malay. Kalau faham English, bolehlah...

    So, apa kemahiran yang awak ada? Translate? Cleaning? Typesetting? Quality-checking?

    BalasPadam