Selasa, 31 Januari 2012

K-ON! Chapter 10 + Mengenai Filehosting

Post sebelum ini adalah 26 Jun 2011. Oh, sudah setengah tahun tidak ada update yang terbaru, sila maafkan kami > <. Dan oleh itu terimalah K-ON! Bab 10.


Dan untuk bab sebelum ini iaitu bab 09 kami baru terperasan bahawa ada sedikit ralat pada halaman yang pertama. Sila save imej ini dan gantikan pada halaman tersebut sebagai pembetulan. Sekali lagi, maaf atas ralat yang tidak disengajakan.

Dan untuk makluman semua, akhir-akhir ini terdengar isu SOPA/PIPA/ACTA, dan filehosting Megaupload yang telah ditutup oleh FBI, dan menyebabkan banyak penyedia filehosting yang lain mengubah polisi mereka yang mana ianya menyusahkan pengguna mereka. Untuk pengetahuan anda kami menggunakan MediaFire sahaja untuk menyimpan fail manga dan setakat ini CEO MediaFire memaklumkan bahawa mereka amat optimis bahawa perkhidmatan mereka tidak akan terganggu oleh masalah ini dan mereka merupakan syarikat yang sah. Oleh itu harap anda tidak risau sekiranya pangkalan file manga kami akan terjejas dan menyukarkan capaian muat turun anda.

Semoga bertemu kembali, mungkin kami akan lebih berusaha pada bulan ini. XD

Tiada ulasan:

Catat Ulasan