Selasa, 11 Mei 2010

Aory Invention AI™

Nama Kumpulan: Aory Invention AI™
Tag: [AI's MT]
Laman Web: http://aoryinvention.com/
Ahli Berkenaan:
Keterangan:

Menurut apa yang ditulis dalam ruangan "About AI’s Manga Translation" di blog mereka, tujuan mereka sama dengan kami, iaitu mentranslate manga terjemahan bahasa Inggeris ke dalam Bahasa Malaysia, dan juga memilih manga yang belum ditranslasi oleh penerbit manga tempatan seperti Kreko, Arena Komik, Comics House, dan lain-lain. Saya tidak menjumpai apa-apa maklumat mengenai beberapa orang ahli dalam blog mereka, jadi saya anggap team ini mempunyai "sole members".Dan mereka juga menjalinkan satu usahasama dengan team 4zan Scans.

Antara release yang dihasilkan oleh mereka (setakat ini) adalah:

Doraemon Endings (Doujin) - Mengisahkan mengenai penamat siri komik Doraemon, dari perspektif peminat.

Lucky Star - Brilliant Star (Doujin) - Apakah yang akan terjadi sekiranya Izumi Konata menjadi adik perempuan kepada Hiiragi Kagami (buat sementara)?


Kashimashi - Pada suatu hari, Hazumu, seorang lelaki yang ditinggalkan oleh gadis impiannya, telah tersesat di kawasan pergunungan dan malang sekali kerana jasadnya telah hancur dirempuh oleh sebuah kapal angkasa. Makhluk asing di dalamnya bersalah atas kemalangan itu telah membaiki semula tubuh Hazumu... namun kepada seorang perempuan. Hazumu terpaksa belajar bagaimana untuk hidup sebagai seorang perempuan walaupun terpaksa menempuhi pelbagai masalah serta cinta tiga segi diantara dua gadis iaitu kawannya semasa kecil, iaitu Tomari dan Yasuna, yang pernah menolak permintaannya namun tiba-tiba kembali rapat dengan Hazumu.
[YURI (Girls Romance) WARNING!]

1 ulasan:

  1. Sila kemaskini data mengenai kami,
    segala kesulitan amat dikesali...
    It's about..

    BalasPadam