Selasa, 11 Mei 2010

Mugen Scan

Nama Kumpulan: Mugen Scan
Tag:
Laman Web: http://harithnomugensekai.blogspot.com/
Ahli Berkenaan: Harith
Keterangan:

Ada kemungkinan besar yang Mugen Scan ni sama macam saya, iaitu kumpulan yang mempunyai "sole members", dan translate manga disebabkan kerana hobi/minat. Blog beliau katanya "blog santai", tidak ada tulisan panjang lebar yang boleh menyebabkan anda pecah kepala macam blog saya. Setakat ini hanya satu siri yang ditranslate oleh beliau, iaitu Otaku no Musume-san. Selain itu, blog ini banyak juga post atau artikel mengenai TYPE-MOON (kalau ada masa, tolong translate manga Fate/Stay Night ya?).


Mengenai Otaku no Musume-san: Kanau Yukimura yang berumur 9 tahun telah bertemu dengan bapanya buat pertama kali, Kouta Morisaki, yang merupakan seorang otaku. Kedua-duanya mula tinggal bersama di apartmen yang sama, dan mempunyai jiran-jiran yang beperwatakan menarik, namun pelbagai masalah sering berlaku, terutamanya disebabkan oleh hobi bapanya itu...

Untuk membaca manga beliau, klik [sini] (Disebabkan saya belum minta kebenaran untuk post direct link ke manga beliau di blog ini).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan